facebook

Sabtu, 4 Julai 2015

Popia Mini Udang Kering Murah dan Sedap

Alhamdulillah, stok popia mini udang kering yang sedap giler ni dah sampai. Cukup rasa; manis, pedas rangup dan yang paling best, x berminyak macam yang kita biasa makan.

Dikhabarkan bahawa popia ini dibuat dari Bandung, Indonesia. Rasanya memang sedap, tak.kedekut inti.

Harganya cuma RM18/500g.

Yang nak cuba boleh Whatsapp sy ya +60137995574. Whatsapp shj. Call/SMS no lain ;)

Sabtu, 6 Jun 2015

FAQ Bangkit Cheese

Senarai terkini pengedar Bangkit Cheese

Gambar dalam balang

Review customer.


Frequently Asked Question Bangkit Cheese:


Q1: sebalang ada berapa biji?
A1: 45-50 average. Bergantung pd ketebalan. Ada tebal ada nipis. Isi penuh balang. Pernah kira ada yg 43biji sebalang.


Q2: Berapa harga sebalang? Retail dan borong.
A2: Sebalang retail rm20. Borong rm1* (P&C) minima 15 atau 30 balang. (T&C applied)
Please PM 0137995574 for info.



Q3: Apa syarat nak jadi ejen?
A3: Hanya perlu buat belian minima. Harga jual sebaiknya seperti yg dicadangkan.
Kami akan bantu bantu anda dari aspek promosi insyaAllah. (FB, IG dan latest blog dah top rated di Google search. Alhamdulillah)



Q4: Penghantaran macam mana?
A4: 
Borong: Selangor &KL free di pick up point yg ditetapkan.
Luar KL/Sel/Johor/Melaka; kami hantar dengan bas. Caj atas ejen.

Retail: boleh beli dari ejen terdekat. Kalau kawasan yg xde ejen, kami pos tp risiko atas buyer sbb handling poslaju kdg2 ok, kdg2 x ok. Kami wrap baik2 tampal sticker fragile.


** 
Nk selamat, awak jd lah ejen. Laaagi jimat, kuih x pecah, dpt tambah duit poket (insyaAllah) & dpt beli bangkit cheese dengan harga murah.

Saya tak janjikan customers dan pulangan lumayan utk pengedar2 saya. Tapi saya usahakan yg terbaik semampunya. Rezeki dari Allah dan usaha sendiri juga, saya hanya pengantara.
So far ejen saya pon dah jadi supplier. Besttt tengok diorang sama-sama berniaga.

Khamis, 28 Mei 2015

Resepi Cheesy Bread Pudding Simple

Warna permukaan akan keperang-perangan sesudah masak
Hari ni saya kongsikan resepi puding roti berkeju yang sangat mudah disediakan.
Resepi asal adalah puding roti biasa dari blog Farah Lee isteri Ally Iskandar, saya olah mengikut gerak hati saja. Hasilnya superb! Makan setelah disejukkan beberapa jam dalam peti, marvellous.

Kalau next time buat, saya nak cuba tambah lagi 1 keping slice cheese supaya rasa kejunya lebih mantap.


Jom layan resepi pula.


Bahan-bahan:

2 sb butter
1/2 cawan gula (sy guna brown sugar)
400ml fresh milk
4 keping cheese slice
1 sb tepung jagung
2 biji telur (saiz sederhana)
Sedikit esen vanila
8 keping roti
Chocolate chip
Kismis jika suka (sy x taruk)


Cara2:

Tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu. Asal larut je.
Panaskan periuk dgn api perlahan. Masukkan butter, susu, gula dan kacau.
Carikkan cheese slice ke dlm periuk. Kacau.
Matikan api bila cheese dah cair.
Blend telur dgn sedikit esen vanila.
Kemudian masukkan telur blended dan bancuhan tepung jagung dlm periuk td. Tambah secubit atau dua cubit garam (sesedap rasa). Kacau sampai sebati.
Tuang bancuhan dlm periuk tadi ke dalam loyang, ratakan. Gaul2 roti dengan bancuhan susu sampai mesra.
Parut keju cheddar atas puding.
Tambah choc chip bnyk2 so dat xyah sos coklat bagai.
*Saya bakar teknik bain marie.
Panaskan oven.
Masukkan air mendidih dlm dulang pembakar dan letak loyang puding dlm dulang tu.
Suhu 170 degree.
30-40minit @ hingga masak (bergantung jenis oven).
Kalau bahagian atas dah perang2 tu insyaAllah dah masak.
Bedah siasat

Kod Top Up Kena Block: Apa Perlu Anda Buat?

Kali ni saya nak cerita pengalaman nombor reload (topap) yang kena block selepas 3x cubaan. Salah saya sebenarnya, tersilap key in.



Ok, mula-mula saya call Celcom customer service, tapi operator suruh pergi ke Celcom Center.
Bila pergi ke Celcom Center, pegawai yang attend minta saya tunggu dalam tempoh 48jam, mereka akan hubungi saya semula untuk maklumkan yang kod top up tersebut dah boleh guna.
Tunggu punya tunggu, tak call juga. Terpaksa ke Celcom Center semula. Pegawai yang service kami tempoh hari bagitahu yang laporan dah di buat ke bahagian IT tapi masih tiada maklumbalas. Celcom tak boleh buat apa2 katanya sebab topap tu saya beli di kedai dan service oleh epay. Maka mereka cadangkan saya hubungi epay sendiri.

Di Celcom Center tu, dan-dan saya terus call epay, nombor yang tertera di belakang resit topap tu. Customer service bagitahu mereka akan refund dan suruh saya ke kedai tempat saya beli resit topap tu.

Keesokan harinya, saya ke kedai tempat saya beli topap tu. Mula-mula staf yang jaga kaunter tu banyak songeh jugak. Dia tak.mahu bagi kerjasama sebab katanya ada kes orang tipu kata topap tak boleh guna. Saya berkeras bagitahu yang saya dah call epay. Dia persoalkan kenapa beli topap 13 Mei tapi datang semula kedai pada 27hb. Saya pyn bagitahu yang saya dah datang pun pada awalnya. Tapi staf KK Mart tu yang tak faham bahasa Melayu. Saya rasa staf tu bangla atau India pekat yang mmg masalah nak.konunikasi dalam BM.

Memandangkan saya masih tak berganjak dari kedai tu, cashier tersebut pun call e-pay akhirnya. Tak lama selepas gagang telefon diletakkan, dia tekan2 mesin topap tu dan issue resit topap yang baru.
Saya terus topap dan-dan tu jugak. Alhamdulillah. Finally dapat juga RM50 top up tersebut. Barulah saya beresar dan ucap terima kasih.

Its soo simple sebenarnya kan? Cuma masalah komunikasi dengan pekerja Bangla tu menyulitkan keadaan sampai terpaksa ulang alik 2kali ke Celcom Center dan KK Mart.

Selasa, 26 Mei 2015

Resepi Blueberry Cheesecake Mudah

Kali ni saya nak share resepi Blueberry Cheesecake menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Resepi ni saya gubah dari resepi asal kakak ipar, blog Azie Kitchen dan blog mat saleh. Tak perlu gelatin dan whhipping cream seperti kebanyakan resepi-resepi cheesecake di internet oleh bloggers.

Base:
200g digestive biskut (hancurkan)
50g butter, cairkan
1 s/b gula perang (optional)

Campur semua bahan. Sebatikan. Padatkan di dasar dan sebahagian dinding loyang. Boleh tambah butter cair jika nak lebih lekat.
Bakar selama 10 minit pada suhu 170degree. Kemudian sejukkan dan sediakan bahan seterusnya.

500g cream cheese (saya guna Anchor)
1 cawan yogurt (sy guna plain, 135g) ** nak try yogurt berperisa pun xde masalah.
3/4cawan susu pekat manis (sy kurangkan)
2 sb Lemon zest/cuka
3 biji telur
1 sk esen vanila/vanilla extract
¼ sk garam
3sb tepung jagung
3sb tepung gandum
Topping sos blueberry (beli kat kedai bhn bakery) **nak buat sndr pun boleh

Cream cheese (suhu bilik) putar pada kelajuan sederhana hingga putih gebu dan lembut. 
Tambah susu pekat. Putar lagi.
Tambah lemon zest. (masa ni sy xde lemon, perahlah oren sbb ingatkan masam. Sekali oren tu manis, so saya tambahkan cuka anggur yg ada kat dapur tu).
Kalau dah dpt rasa yg serasi di tekak, pecahkan telur sebiji demi sebiji sambil putar. Masukkan esen vanila, garam. Putar lagi dan masukkan yogurt. Putar.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Putar sampai sebati dan bebas ketulan.

Tuang adunan kedalam loyang springform 8inci tadi. Bakar 160degree selama 1 jam dalam preheated oven. (Saya tambah masa pembakaran selama 10minit).
Api atas bawah. 
Guna teknik bain marie; loyang diisi dlm dulang yg lebih besar dan diisi air panas mendidih.

Selepas masak, letakkan topping dan sejukkan sekurang-kurangnya 4jam dalam peti sejuk.







Sabtu, 23 Mei 2015

Muzium Diraja Kuala Lumpur: Apa yang menarik?

Sedang saya membelek-belek gallery album di handset, tertengok pula gambar-gambar di sekitar Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana Lama, Kuala Lumpur.
Saya ke sini bersama suami dan anak-anak setiap hari pagi Ahad untuk kelas memanah yang suami saya join. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk meneroka kawasan istana ini. Kelas diadakan di padang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Untuk masuk ke dalam kawasan istana ini, tiada caj dikenakan. Tetapi untuk masuk ke dalam muzium, caj sebanyak RM5 sahaja untuk orang dewasa. Pelawat dari warganegara asing pula caj yang berbeza dikenakan iaitu RM10 seorang. Masuk percuma bagi kanak-kanak bawah 6tahun. 
Perkhidmatan buggy turut disediakan. Caj hanya RM1 untuk naik ke muzium dan balik semula ke bawah. Tapi adakala saya lebih gemar berjalan yang merupakan 1 bentuk senaman.
Biasanya sy tak masuk dalam muzium pun. Lebih suka bawa budak-budak meronda kawasan persekitaran. Maklumlah, bukan selalu dapat bawa mereka bersiar-siar di kawasan lapang begini. Seminggu sekali je. Setakat ni kami dah 3kali masuk ke dalam muzium.
Itu pun kalau tak tahan panas di luar dan semasa kasut Umar tertinggal di rumah. Dek tak larat mendukung, bawa masuk ke muzium dan berboba lah jawabnya.
Suasana dalam istana lama pula tak dapat saya gambarkan. Kalaulah boleh ambil gambar, memang saya dah ambil. Cantik sangat. Terfikir betapa beruntungnya mereka yang lahir berketurunan diraja ini. Tandas mereka terlihat gemerlap sekali walau pun dari luar. Sayangnya kamera tak dibenarkan di dalam istana lama yang kini telah dikadikan muzium. Jadi kalau anda nak tengok, silalah dtg dan lihat sendiri.







Khamis, 21 Mei 2015

Pembekal Bangkit Cheese Borong KL & Selangor

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan Syaaban kita sekarang. Bermakna kurang sebulan sahaja lagi sebelum kita bertemu bulan yang mulia, Ramadhan, InsyaAllah.

Seperti tahun-tahun lepas, saya masih membekalkan kuih bangkit santan dan bangkit cheese di Selangor, Kuala Lumpur bahkan ke seluruh Malaysia.

Setakat ini, lebih 300 balang telah terjual dan ditempah.

Harga borong kami sedikit naik memandangkan kos juga meningkat. RM15 sebalang. Harga yang dicadangkan untuk ejen jual ialah RM20-RM25 (bergantung kepada lokasi).

Minimum order untuk harga borong ialah 30balang (2pallet) termasuk delivery. Tetapi kali ini saya beri kelonggaran harga borong ini untuk 1 pallet, jika anda boleh pick up di sekitar Semenyih.

InsyaAllah, rezeki untuk dikongsi sama.

Jika anda nak beli bangkit cheese tapi nak jimat postage; x mahu ambil risiko kuih retak/pecah, bolehlah hubungi nombor yang tertera di bawah.





Ejen Kuching tu bukan main lagi.

"Ahad aku balik Kuching, Isnin habis terus" katanya. Serius, penggemar keju akan sukakannya, insyaAllah puas hati.


Jika di kawasan anda masih belum ada ejen, kenapa tidak anda yang jadi ejen atau pembekal kuih bangkit cheese yang super sedap ni?

Tahun lepas lebih 2000botol terjual di seluruh Malaysia. Berkat kerja keras ejen-ejen dan team saya serta izin dari Allah juga.

Nak jadi ejen, Best deal di Whatsapp 0137716961.
InsyaAllah saya akan turut sama bantu mempromosi bangkit cheese ini untuk sales anda.



Rabu, 20 Mei 2015

Tefal Actifry Vs Philips Airfryer : Mana Lagi Best?


Alhamdulillah, Isnin lepas sampai juga Philips Airfryer Viva Collection ni kat saya. Ambil dari MIL yang baru touch down dari UK, transit di KLIA.

HD9230/20 Viva Airfryer Pic Sumber: Google




Dalam masa yg sama SIL dah tolong purchasekan juga Actifry. Ni kes dah purchase Philips, ada member share keseronokan guna Tefal sampai saya dah tak tahu nak yg mana satu. So beli la dua-dua sbb harga nak compare beli kat Malaysia, memang UK jauhhh lebih murah. Since saya tak mau susahkan family in law bawak brg berat-berat, survey dengan kawan yg pernah duk sana option nak bawa balik Malaysia. Lucky me, dia offer nak tolong bawakan since dia akan ke UK hujung May ni. Alhamdulillah..

Model Actifry yang saya beli ni macam ni:

Tefal GH-806115 ActiFry Plus Fryer
Gambar Sumber Google




Jenuhla mikior mana 1 saya nak guna ni. 
Bila rasa dah firm, goyah. Firm, goyah balik baca review pasal both product ni.

Maklumlah, barang mahal. Sekali beli mestilah nak yang terrrrrrrrrrbaik. Kan? Bukan nak beli selalu. 



So selain baca review di internet, buat sedikit survey di FB jugak:








Haaa tuu diaa.. Amacam? Korang pening jugak x nak pilih? 

Best sangat kan review dua-dua ;')

Mat saleh pun ada buat comparison di sini tapi kalau perasan bahagian power consumption tu tak tepat untuk saya. Sebab both my Actifry dan Airfryer sama power consumptionnya; 1400W. So kalau di web tersebut kemenangan berpihak kepada Actifry (3:2, nisbah kemenangan mengikut kategori), bila kategori power consumption dah omit, jadila seri 2:2.


Di amazon.co.uk pun ada membahaskan topik yang sama di sini. Rata-rata menyatakan kelemahan Actifry adalah pada ke-fragile-annya. Warranty di Malaysia pula void untuk Tefal AF ni. Berbanding dengan Airfryer, warranty worldwide cover 2tahun. Kalau baca review Nor Azlin dalam post FB saya di atas pun, beliau masih berpuas hati dengan  performance PAFnya yang dah berusia 4tahun. Tapi dari segi versatile tu PAF memang x dpt challenge TAF.


So setelah menimbang-nimbang. Saya berkeputusan untuk menunggu Tefal Actifry saya dan let go my Philips Airfryer.


So, kalau ada sesiapa yg sedang mencari Philips Airfryer, boleh contact saya ye. Ready stock. New item still dalam kotak. Fresh from UK. Plan pembayaran boleh dibawa berunding. For the best deal, pleaseee Whatsapp saya 0137995574.

Ni iklan saya di Mudah.my --->nego meh





Isnin, 16 Februari 2015

Doh beku / Frozen Dough: Kaedah dan Tips.

Kadang-kadang lepas doh siap diuli, ada hal pula, tak sempat nk membentuk, tunggu proof dan bakar pula. Apa solusi terbaik anda?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa doh yang telah siap diuli boleh disimpan di dalam peti sejuk beku sebagai doh beku/ frozen dough.
Bila-bila mahu gunakan, keluarkan saja dari peti sejuk dan bentukkan sebaik ia telah lembut dan boleh dibentuk.

Kelebihan doh beku antaranya ialah:

  1. Roti yang terhasil lebih lembut dan gebu
  2. Menjimatkan masa. Bila-bila berkelapangan, sediakan saja doh dan simpan di peti sejuk beku. Bila mahukan roti segar dati oven, keluarkan shh. Terus bentuk, tunggu kembang dan bakar.
  3. Boleh dipelbagaikan juga kepada pizza dan donut. Sesekali tukar selera menarik juga, kan?



Tips membuat doh beku:

  1. Simpan dalam bekas kedap tertutup dan kedap udara. Jika simpan dalam plastik, pastikan ia diikat rapi kerana gas karbon dioksida yg terhasil dari tindakbalas biokimia yis-karbohidrat boleh menolak ikatan yang longgar. (Doh saya pernah terkeluar dari plastik sebab ikatan longgar). Terpaksa buang separuh.
  2. Label tarikh doh disediakan. Sebaiknya doh beku tak disimpan terlalu lama. Biasanya saya gunakan dalam masa 1 minggu.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Contohnya jika doh diperoleh seberat 1kg, bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian yang lebih kecil supaya tak perlu keluarkan doh seketul besar bila nak guna.



Cara saya simpan doh beku:


Takat buat makan sendiri, sempoi-sempoi je. 


Biasanya saya simpan dalam plastik tepung je. Jimat ruang dalam peti. Doh ni dah 3 hari. Semalam dah buat pizza daging separuh. Hasilnya: MARVELLOUS!
Gambar tak sempat snap. Keluar oven terus ngap sampai licin.

Rabu, 11 Februari 2015

Kek Lobak Merah dengan Krim Keju

Simply delicious carrot cake with cream cheese frosting.
Resepi 
Tepung Gandum 250 gram
Soda Bikabonat 1 sudu kecik
Baking Powder 2 sudu kecik
Garam Halus 1 sudu kecik
* Kesemua bahan diayak
Telur B 5 biji
Gula perang 200 gram
Essen vanila
Minyak Jagung 1 cawan
250g carrot sagat
1Cawan walnut/kekacang (amim guna setengah cawan almond tumbuk sendiri). Xde walnut kt rumah.
Setengah cawan kismis.
Cara2:
Pukul gula+telur sampai kembang gebu bersama sedikit esen vanila. Masukkan minyak. Kacau rata dan masukkan carrot. Masukkan bahan2 yg diayak td, kacau ratakan. Last sekali masukkan kacang (badam/walnut) dan kismis. Pukul kejap bg rata dan masukkan dlm loyang yg dah disapu butter. Bakar 170 degree 30-40minit
Bhn2 Cream cheese frosting
250ml cream cheese
125g Butter
125g Gula (amim kurangkan). Masa pukul bhn boleh tambah gula sikit2 ikut manis yg kita nak.
cuka anggur/epal/jus lemon.
Cara2:
pukul cream cheese dengan butter dulu. Tambah gula. Last masukkan cuka/jus lemon. Pukul lg sampai dpt krim yg gebu san sedap.
Belah dua kek yg dah disejukkan. Letak krim di tengah dan keliling kek. Saya hias dengan pumpkin seed je kelilig kek.

Khamis, 5 Februari 2015

Lauk Bajet: Sambal Tempe Ikan Bilis dengan Kentang

Ni kategori lauk bajet. Paling best sambal ni boleh masak lebih sikit, dah sejuk masukkan dalam berkas kedap udara, esoknya kamu tak payah masak dah. Makan nasi dengan ni saja pun dah cukup untuk orang kampung macam saya ni.

Bahan-bahan dan cara:

#
Tempe 1keping
Kentang besar 1biji atau 2 biji kentang kecil
Hiris nipis2, goreng garing2.
Ikan bilis segenggam, goreng.
Kacang tanah (optional) : digoreng

#
Cili kisar
1 biji bwg merah hiris.
1biji bwg putih.tumbuk
Tumis sampai pecah minyak. Tambah gula dan garam secukup rasa.

Kalau kering sangat boleh tambah air sikit. Kacau.

#
Masukkan bahan2 goreng tadi, gaul rata



Makan dengan nasi panas, memang umphhhh!!!

Rabu, 4 Februari 2015

Resepi Roti Loaf Labu

250g tepung gandum
250g tepung high protein
1 biji telur gred B
150g puri labu
200ml susu segar sejuk
1 sk yis
2 1/2 sb molasses
Setengah sk garam
2 sb water roux
Setengah cawan kismis
75gram butter
Masukkan semua bahan basah, diikuti bahan kering ke dalam breadmaker. Jika tiada BM, uli dengan tangan seperti biasa.
Butter masukkan semasa mesin sedang menguli. Ratakan ke semua bahagian roti yg sedang diuli.
Akhir sekali masukkan kismis.
Timbang doh 100gram, canaikan nipis dan gulung, bentukkan bulat dan susun dalam loyang Pullman 19x8x8cm. Ulang susun lagi 2 biji doh 100g dan boleh tunggu doh naik.
Seterusnta bakar 170degree lebih kurang 40minit atau sehingga masak.

Selasa, 20 Januari 2015

Resepi Kimchi Simple



Mula-mula rasa kimchi ni dulu masa kt Korea. Tekak macam tak berapa nak terima. Flight balik ke Malaysia pun, MAS bg kimchi sepaket. En. Amir suka. Sampai 1 masa dia teringin nak makan dan beli yang kat supermarket tu. Tak tau siapa buat. Then dia bg link resepi. So paham2 sendirilah. 

Suami tekak international, kena lah belajar juga membuatnya. Lama-lama aku pun jadi suka.

So kali ni nak kongsi dengan korang pulak. Jimat masa bila ada kimchi ni dah tak payah masak sayur. Setengah batang kobis panjang ni tahan gak lama untuk keluarga kecil kami ni.

Kimchi ni nilai dari segi kesihatannya pun tinggi. Bawang putih banyak, halia, probiotik untuk keseimbangan usus yang sihat.



Bahan-bahan

1/2 pokok kobis panjang (nappa cabbage)
¼ cawan garam
Air
5-6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil gula
Segenggam udang kering (resepi asal guna seafood flavor)
3 sudu besar lada kisar (resepi ori guna chilli flakes)
1/2 batang lobak putih
½ batang lobak merah
Secekak Daun bawang


Cara-cara:
  1. Potong kobis bentuk 4 segi sama (aku potong +- 3x3inci. Buang terasnya.
  2. Lumurkan garam pada kobis yang telah dipotong tadi dalam sebuah mangkuk besar. Urut2 kobis sehingga sedikit lembut. Kemudian tambahkan air sehingga menutupi paras kobis. Tutup mangkuk tersebut. (saya buat step ni dalam bekas tertutup terus. Biarkan 2jam.
  3. Bilas dan keringkan kobis tadi dengan menggunakan mangkuk penapis.
  4. Buat pes kimchi. Memandangkan saya tak suka guna perisa tiruan, saya tumiskan (tanpa minyak) udang kering yang telah ditumbuk halus dengan cili kisar sehingga menjadi pes. Pastikan pes ni kering dan tak berair. Kemudian pes tersebut dicampur dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan lesung. Tambah gula. Gaul rata.
  5. Potong lobak putih dan lobak merah secara memanjang. Kemudian potong daun bawang.
  6. Campurkan kesemua pes dan sayur tadi (kobis, lobak putih, lobak merah dan daun bawang). Pastikan air yang bertakung pada kobis tadi dibuang terlebih dahulu sebelum langkah ini.
  7. Ratakan semua bahan dengan senduk. Tekan-tekan/padatkan sayur ke bawah. Masukkan dalam bekas kaca yang kedap udara.
  8. Biarkan botol tersebut pada suhu bilik sehingga 4-5 hari. Proses penapaian akan berlaku. Bila dah rasa masam-masam tu dah siaplah kimchi tu.



Ni close up kimchi



Dapat 2botol kuih raya.