facebook

Sabtu, 23 Mei 2015

Muzium Diraja Kuala Lumpur: Apa yang menarik?

Sedang saya membelek-belek gallery album di handset, tertengok pula gambar-gambar di sekitar Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana Lama, Kuala Lumpur.
Saya ke sini bersama suami dan anak-anak setiap hari pagi Ahad untuk kelas memanah yang suami saya join. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk meneroka kawasan istana ini. Kelas diadakan di padang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Untuk masuk ke dalam kawasan istana ini, tiada caj dikenakan. Tetapi untuk masuk ke dalam muzium, caj sebanyak RM5 sahaja untuk orang dewasa. Pelawat dari warganegara asing pula caj yang berbeza dikenakan iaitu RM10 seorang. Masuk percuma bagi kanak-kanak bawah 6tahun. 
Perkhidmatan buggy turut disediakan. Caj hanya RM1 untuk naik ke muzium dan balik semula ke bawah. Tapi adakala saya lebih gemar berjalan yang merupakan 1 bentuk senaman.
Biasanya sy tak masuk dalam muzium pun. Lebih suka bawa budak-budak meronda kawasan persekitaran. Maklumlah, bukan selalu dapat bawa mereka bersiar-siar di kawasan lapang begini. Seminggu sekali je. Setakat ni kami dah 3kali masuk ke dalam muzium.
Itu pun kalau tak tahan panas di luar dan semasa kasut Umar tertinggal di rumah. Dek tak larat mendukung, bawa masuk ke muzium dan berboba lah jawabnya.
Suasana dalam istana lama pula tak dapat saya gambarkan. Kalaulah boleh ambil gambar, memang saya dah ambil. Cantik sangat. Terfikir betapa beruntungnya mereka yang lahir berketurunan diraja ini. Tandas mereka terlihat gemerlap sekali walau pun dari luar. Sayangnya kamera tak dibenarkan di dalam istana lama yang kini telah dikadikan muzium. Jadi kalau anda nak tengok, silalah dtg dan lihat sendiri.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan