facebook

Isnin, 13 Oktober 2014

Epok-epok kentang (karipap) dan Karipap Frozen

Hari tu kan, malam2 aku tak boleh tidur. So saje2 buat inti karipap. sambil basuh dapur malam2, aku tunggu kentang tu empuk.



Pastu bila bangun pagi, aku tinggal tambah garam, gula, daun sup, ejas2 je rasa inti tu. then buat kulit karipap pulak.



Mudah je. Semua aku main campak2, xde timbang2 punya.



Meh layan resepi

Inti karipap
4 biji bwg putih
1 labu bawang besar Holand
Udang kering/ ayam / daging kisar (ikut tekak kau oranglah nak yg mana)
5tangkai cili kering dimasak jap  (qty ikut tekak kau oranglah nak pedas mana)
2 biji kentang Russet saiz agak besar
2sudu serbuk kari
daun sup


Cara-cara

- Blend bwg putih, bwg besar, cili kering dan udang kering tadi. saya masukkan serbuk kari sekali masa ni.

- tumis semua bahan blended.
- tumis dengan minyak yang dah dipanaskan. then masukkan kentang yang telah dibuang    kulit dan didadu. 
- Tambah air dan biar empuk.
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya
- masukkan daun sup.


Bahan-bahan pastri.

- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak dipanaskan
- air

tepung dimasukkan dalam bekas yg tahan panas. aku guna periuk je. then curah minyak panas td dalam tepung sambil kacau tepung dengan sudu. pastu agk2 dah sejuk, picit2 tepung tu dengan tangan. nnt texture tepung jd ala-ala breadcrump gitu. lepas tu boleh tambah air sikit demi sikit sampai doh dah x melekat kat tangan.

boleh canai doh tu dan masukkan dalam acuan karipap. isi inti. dan siap untuk digoreng.





Kalau nak buat frozen pulak, boleh masukkan yang dah siap bentuk dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. tsekadar untuk mematikan tepung. Pastu masukkan dalam bekas bertutup dan isi dalam peti sejuk beku.