facebook

Khamis, 28 Mei 2015

Resepi Cheesy Bread Pudding Simple

Warna permukaan akan keperang-perangan sesudah masak
Hari ni saya kongsikan resepi puding roti berkeju yang sangat mudah disediakan.
Resepi asal adalah puding roti biasa dari blog Farah Lee isteri Ally Iskandar, saya olah mengikut gerak hati saja. Hasilnya superb! Makan setelah disejukkan beberapa jam dalam peti, marvellous.

Kalau next time buat, saya nak cuba tambah lagi 1 keping slice cheese supaya rasa kejunya lebih mantap.


Jom layan resepi pula.


Bahan-bahan:

2 sb butter
1/2 cawan gula (sy guna brown sugar)
400ml fresh milk
4 keping cheese slice
1 sb tepung jagung
2 biji telur (saiz sederhana)
Sedikit esen vanila
8 keping roti
Chocolate chip
Kismis jika suka (sy x taruk)


Cara2:

Tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu. Asal larut je.
Panaskan periuk dgn api perlahan. Masukkan butter, susu, gula dan kacau.
Carikkan cheese slice ke dlm periuk. Kacau.
Matikan api bila cheese dah cair.
Blend telur dgn sedikit esen vanila.
Kemudian masukkan telur blended dan bancuhan tepung jagung dlm periuk td. Tambah secubit atau dua cubit garam (sesedap rasa). Kacau sampai sebati.
Tuang bancuhan dlm periuk tadi ke dalam loyang, ratakan. Gaul2 roti dengan bancuhan susu sampai mesra.
Parut keju cheddar atas puding.
Tambah choc chip bnyk2 so dat xyah sos coklat bagai.
*Saya bakar teknik bain marie.
Panaskan oven.
Masukkan air mendidih dlm dulang pembakar dan letak loyang puding dlm dulang tu.
Suhu 170 degree.
30-40minit @ hingga masak (bergantung jenis oven).
Kalau bahagian atas dah perang2 tu insyaAllah dah masak.
Bedah siasat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan