facebook

Khamis, 28 Mei 2015

Kod Top Up Kena Block: Apa Perlu Anda Buat?

Kali ni saya nak cerita pengalaman nombor reload (topap) yang kena block selepas 3x cubaan. Salah saya sebenarnya, tersilap key in.



Ok, mula-mula saya call Celcom customer service, tapi operator suruh pergi ke Celcom Center.
Bila pergi ke Celcom Center, pegawai yang attend minta saya tunggu dalam tempoh 48jam, mereka akan hubungi saya semula untuk maklumkan yang kod top up tersebut dah boleh guna.
Tunggu punya tunggu, tak call juga. Terpaksa ke Celcom Center semula. Pegawai yang service kami tempoh hari bagitahu yang laporan dah di buat ke bahagian IT tapi masih tiada maklumbalas. Celcom tak boleh buat apa2 katanya sebab topap tu saya beli di kedai dan service oleh epay. Maka mereka cadangkan saya hubungi epay sendiri.

Di Celcom Center tu, dan-dan saya terus call epay, nombor yang tertera di belakang resit topap tu. Customer service bagitahu mereka akan refund dan suruh saya ke kedai tempat saya beli resit topap tu.

Keesokan harinya, saya ke kedai tempat saya beli topap tu. Mula-mula staf yang jaga kaunter tu banyak songeh jugak. Dia tak.mahu bagi kerjasama sebab katanya ada kes orang tipu kata topap tak boleh guna. Saya berkeras bagitahu yang saya dah call epay. Dia persoalkan kenapa beli topap 13 Mei tapi datang semula kedai pada 27hb. Saya pyn bagitahu yang saya dah datang pun pada awalnya. Tapi staf KK Mart tu yang tak faham bahasa Melayu. Saya rasa staf tu bangla atau India pekat yang mmg masalah nak.konunikasi dalam BM.

Memandangkan saya masih tak berganjak dari kedai tu, cashier tersebut pun call e-pay akhirnya. Tak lama selepas gagang telefon diletakkan, dia tekan2 mesin topap tu dan issue resit topap yang baru.
Saya terus topap dan-dan tu jugak. Alhamdulillah. Finally dapat juga RM50 top up tersebut. Barulah saya beresar dan ucap terima kasih.

Its soo simple sebenarnya kan? Cuma masalah komunikasi dengan pekerja Bangla tu menyulitkan keadaan sampai terpaksa ulang alik 2kali ke Celcom Center dan KK Mart.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan