facebook

Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

Lauk Bajet: Sambal Tempe Ikan Bilis dengan Kentang

Ni kategori lauk bajet. Paling best sambal ni boleh masak lebih sikit, dah sejuk masukkan dalam berkas kedap udara, esoknya kamu tak payah masak dah. Makan nasi dengan ni saja pun dah cukup untuk orang kampung macam saya ni.

Bahan-bahan dan cara:

#
Tempe 1keping
Kentang besar 1biji atau 2 biji kentang kecil
Hiris nipis2, goreng garing2.
Ikan bilis segenggam, goreng.
Kacang tanah (optional) : digoreng

#
Cili kisar
1 biji bwg merah hiris.
1biji bwg putih.tumbuk
Tumis sampai pecah minyak. Tambah gula dan garam secukup rasa.

Kalau kering sangat boleh tambah air sikit. Kacau.

#
Masukkan bahan2 goreng tadi, gaul rata



Makan dengan nasi panas, memang umphhhh!!!

Selasa, 20 Januari 2015

Resepi Kimchi Simple



Mula-mula rasa kimchi ni dulu masa kt Korea. Tekak macam tak berapa nak terima. Flight balik ke Malaysia pun, MAS bg kimchi sepaket. En. Amir suka. Sampai 1 masa dia teringin nak makan dan beli yang kat supermarket tu. Tak tau siapa buat. Then dia bg link resepi. So paham2 sendirilah. 

Suami tekak international, kena lah belajar juga membuatnya. Lama-lama aku pun jadi suka.

So kali ni nak kongsi dengan korang pulak. Jimat masa bila ada kimchi ni dah tak payah masak sayur. Setengah batang kobis panjang ni tahan gak lama untuk keluarga kecil kami ni.

Kimchi ni nilai dari segi kesihatannya pun tinggi. Bawang putih banyak, halia, probiotik untuk keseimbangan usus yang sihat.



Bahan-bahan

1/2 pokok kobis panjang (nappa cabbage)
¼ cawan garam
Air
5-6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil gula
Segenggam udang kering (resepi asal guna seafood flavor)
3 sudu besar lada kisar (resepi ori guna chilli flakes)
1/2 batang lobak putih
½ batang lobak merah
Secekak Daun bawang


Cara-cara:
  1. Potong kobis bentuk 4 segi sama (aku potong +- 3x3inci. Buang terasnya.
  2. Lumurkan garam pada kobis yang telah dipotong tadi dalam sebuah mangkuk besar. Urut2 kobis sehingga sedikit lembut. Kemudian tambahkan air sehingga menutupi paras kobis. Tutup mangkuk tersebut. (saya buat step ni dalam bekas tertutup terus. Biarkan 2jam.
  3. Bilas dan keringkan kobis tadi dengan menggunakan mangkuk penapis.
  4. Buat pes kimchi. Memandangkan saya tak suka guna perisa tiruan, saya tumiskan (tanpa minyak) udang kering yang telah ditumbuk halus dengan cili kisar sehingga menjadi pes. Pastikan pes ni kering dan tak berair. Kemudian pes tersebut dicampur dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan lesung. Tambah gula. Gaul rata.
  5. Potong lobak putih dan lobak merah secara memanjang. Kemudian potong daun bawang.
  6. Campurkan kesemua pes dan sayur tadi (kobis, lobak putih, lobak merah dan daun bawang). Pastikan air yang bertakung pada kobis tadi dibuang terlebih dahulu sebelum langkah ini.
  7. Ratakan semua bahan dengan senduk. Tekan-tekan/padatkan sayur ke bawah. Masukkan dalam bekas kaca yang kedap udara.
  8. Biarkan botol tersebut pada suhu bilik sehingga 4-5 hari. Proses penapaian akan berlaku. Bila dah rasa masam-masam tu dah siaplah kimchi tu.



Ni close up kimchi



Dapat 2botol kuih raya.