Kali ni saya nak share resepi Blueberry Cheesecake menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Resepi ni saya gubah dari resepi asal kakak ipar, blog Azie Kitchen dan blog mat saleh. Tak perlu gelatin dan whhipping cream seperti kebanyakan resepi-resepi cheesecake di internet oleh bloggers.
Base:
200g digestive biskut (hancurkan)
50g butter, cairkan
1 s/b gula perang (optional)
Campur semua bahan. Sebatikan. Padatkan di dasar dan sebahagian dinding loyang. Boleh tambah butter cair jika nak lebih lekat.
Bakar selama 10 minit pada suhu 170degree. Kemudian sejukkan dan sediakan bahan seterusnya.
500g cream cheese (saya guna Anchor)
1 cawan yogurt (sy guna plain, 135g) ** nak try yogurt berperisa pun xde masalah.
3/4cawan susu pekat manis (sy kurangkan)
2 sb Lemon zest/cuka
3 biji telur
1 sk esen vanila/vanilla extract
¼ sk garam
3sb tepung jagung
3sb tepung gandum
Topping sos blueberry (beli kat kedai bhn bakery) **nak buat sndr pun boleh
Cream cheese (suhu bilik) putar pada kelajuan sederhana hingga putih gebu dan lembut.
Tambah susu pekat. Putar lagi.
Tambah lemon zest. (masa ni sy xde lemon, perahlah oren sbb ingatkan masam. Sekali oren tu manis, so saya tambahkan cuka anggur yg ada kat dapur tu).
Kalau dah dpt rasa yg serasi di tekak, pecahkan telur sebiji demi sebiji sambil putar. Masukkan esen vanila, garam. Putar lagi dan masukkan yogurt. Putar.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Putar sampai sebati dan bebas ketulan.
Tuang adunan kedalam loyang springform 8inci tadi. Bakar 160degree selama 1 jam dalam preheated oven. (Saya tambah masa pembakaran selama 10minit).
Api atas bawah.
Guna teknik bain marie; loyang diisi dlm dulang yg lebih besar dan diisi air panas mendidih.
Selepas masak, letakkan topping dan sejukkan sekurang-kurangnya 4jam dalam peti sejuk.
Sedappnya cheesecake ni. Saya suka.
BalasPadamBoleh cuba resepi simple sy ni. Kwn2 yg dah cuba cakap best sbb dah xpayah g Secret Resepi.
Padam