facebook

Isnin, 16 Februari 2015

Doh beku / Frozen Dough: Kaedah dan Tips.

Kadang-kadang lepas doh siap diuli, ada hal pula, tak sempat nk membentuk, tunggu proof dan bakar pula. Apa solusi terbaik anda?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa doh yang telah siap diuli boleh disimpan di dalam peti sejuk beku sebagai doh beku/ frozen dough.
Bila-bila mahu gunakan, keluarkan saja dari peti sejuk dan bentukkan sebaik ia telah lembut dan boleh dibentuk.

Kelebihan doh beku antaranya ialah:

  1. Roti yang terhasil lebih lembut dan gebu
  2. Menjimatkan masa. Bila-bila berkelapangan, sediakan saja doh dan simpan di peti sejuk beku. Bila mahukan roti segar dati oven, keluarkan shh. Terus bentuk, tunggu kembang dan bakar.
  3. Boleh dipelbagaikan juga kepada pizza dan donut. Sesekali tukar selera menarik juga, kan?



Tips membuat doh beku:

  1. Simpan dalam bekas kedap tertutup dan kedap udara. Jika simpan dalam plastik, pastikan ia diikat rapi kerana gas karbon dioksida yg terhasil dari tindakbalas biokimia yis-karbohidrat boleh menolak ikatan yang longgar. (Doh saya pernah terkeluar dari plastik sebab ikatan longgar). Terpaksa buang separuh.
  2. Label tarikh doh disediakan. Sebaiknya doh beku tak disimpan terlalu lama. Biasanya saya gunakan dalam masa 1 minggu.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Contohnya jika doh diperoleh seberat 1kg, bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian yang lebih kecil supaya tak perlu keluarkan doh seketul besar bila nak guna.



Cara saya simpan doh beku:


Takat buat makan sendiri, sempoi-sempoi je. 


Biasanya saya simpan dalam plastik tepung je. Jimat ruang dalam peti. Doh ni dah 3 hari. Semalam dah buat pizza daging separuh. Hasilnya: MARVELLOUS!
Gambar tak sempat snap. Keluar oven terus ngap sampai licin.

Rabu, 11 Februari 2015

Kek Lobak Merah dengan Krim Keju

Simply delicious carrot cake with cream cheese frosting.
Resepi 
Tepung Gandum 250 gram
Soda Bikabonat 1 sudu kecik
Baking Powder 2 sudu kecik
Garam Halus 1 sudu kecik
* Kesemua bahan diayak
Telur B 5 biji
Gula perang 200 gram
Essen vanila
Minyak Jagung 1 cawan
250g carrot sagat
1Cawan walnut/kekacang (amim guna setengah cawan almond tumbuk sendiri). Xde walnut kt rumah.
Setengah cawan kismis.
Cara2:
Pukul gula+telur sampai kembang gebu bersama sedikit esen vanila. Masukkan minyak. Kacau rata dan masukkan carrot. Masukkan bahan2 yg diayak td, kacau ratakan. Last sekali masukkan kacang (badam/walnut) dan kismis. Pukul kejap bg rata dan masukkan dlm loyang yg dah disapu butter. Bakar 170 degree 30-40minit
Bhn2 Cream cheese frosting
250ml cream cheese
125g Butter
125g Gula (amim kurangkan). Masa pukul bhn boleh tambah gula sikit2 ikut manis yg kita nak.
cuka anggur/epal/jus lemon.
Cara2:
pukul cream cheese dengan butter dulu. Tambah gula. Last masukkan cuka/jus lemon. Pukul lg sampai dpt krim yg gebu san sedap.
Belah dua kek yg dah disejukkan. Letak krim di tengah dan keliling kek. Saya hias dengan pumpkin seed je kelilig kek.

Khamis, 5 Februari 2015

Lauk Bajet: Sambal Tempe Ikan Bilis dengan Kentang

Ni kategori lauk bajet. Paling best sambal ni boleh masak lebih sikit, dah sejuk masukkan dalam berkas kedap udara, esoknya kamu tak payah masak dah. Makan nasi dengan ni saja pun dah cukup untuk orang kampung macam saya ni.

Bahan-bahan dan cara:

#
Tempe 1keping
Kentang besar 1biji atau 2 biji kentang kecil
Hiris nipis2, goreng garing2.
Ikan bilis segenggam, goreng.
Kacang tanah (optional) : digoreng

#
Cili kisar
1 biji bwg merah hiris.
1biji bwg putih.tumbuk
Tumis sampai pecah minyak. Tambah gula dan garam secukup rasa.

Kalau kering sangat boleh tambah air sikit. Kacau.

#
Masukkan bahan2 goreng tadi, gaul rata



Makan dengan nasi panas, memang umphhhh!!!

Rabu, 4 Februari 2015

Resepi Roti Loaf Labu

250g tepung gandum
250g tepung high protein
1 biji telur gred B
150g puri labu
200ml susu segar sejuk
1 sk yis
2 1/2 sb molasses
Setengah sk garam
2 sb water roux
Setengah cawan kismis
75gram butter
Masukkan semua bahan basah, diikuti bahan kering ke dalam breadmaker. Jika tiada BM, uli dengan tangan seperti biasa.
Butter masukkan semasa mesin sedang menguli. Ratakan ke semua bahagian roti yg sedang diuli.
Akhir sekali masukkan kismis.
Timbang doh 100gram, canaikan nipis dan gulung, bentukkan bulat dan susun dalam loyang Pullman 19x8x8cm. Ulang susun lagi 2 biji doh 100g dan boleh tunggu doh naik.
Seterusnta bakar 170degree lebih kurang 40minit atau sehingga masak.