facebook

Jumaat, 14 Disember 2012

Cloth Diapers, Part 1: Jenis-jenis CD

Assalamualaikum.

Malam ni sy nk cerita tentang cloth diapers atau bahasa mudahnya, CD. Bahasa jawanya kita panggil kain lampin moden.
Ni outline, apa yg akn sy ceritakan dalam blog sy yg baru bertapak ni :


1)      Jenis2 CD
2)      Jenis2 insert dan ciri2 material
3)      Material outer (bahagian luar CD)
4)      Cara basuh dan penjagaan CD

Untuk malam ni, sy akan terangkan dulu jenis2 CD :)

OK, mari sy teruskan penceritaan.

Cloth Diapers ada 3 jenis seperti yg berikut:
i.                     Pocket CD
ii.                   AI2 (All in Two)
iii.                  AIO (All in One)

Pocket CD
Pocket CD ni adalah CD dengan poket/lubang di bhgn tengah, antara outer (bhgn luar yg kalis air) dengan inner (permukaan dalam) cloth diapers.

Insert iaitu penyerap akn dimasukkan ke dalam poket sebelum CD sedia utk digunakan.

Nah, mudah bukan? Pocket CD biasanya lebih digemari di kalangan para beginner dalam berCD. Sbb bnyk yg ekonomi kot jenis poket nih? Rm20 pun dah boleh dapat J




***Sila maafkan kaki comel berkenaan ye kawan2.. hihii

AI2
Generally,  CD jenis ini terdiri drpd 2 bhgn iaitu cover dan insert.  Lampin traditional yg mak2 kita guna dlu adalah contoh mudah CD jenis ini. Masih ingatkan lampin kain yg pakai dengan seluar getah tu? Kalau versi modennya, seluar getah itulah cover dan kain lampin yg digunakan utk menyerap pee itulah insert!

Walau bagaimana pun, ada jugak CD jenis A12  (disebut juga sbg jenis cover) yg terdiri drpd 3 komponen iaitu  cover, insert dan sock. Antara jenama yg dimaksudkan di sini ialah CD Weegro Cover. Insert akan dimasukkan ke dalam sock (dibuat drpd material suede, stay dry) kerana insert microfiber (singkatan, mf) tidak boleh bersentuhan direct dengan kulit baby.

Kenapa insert mf x boleh bersentuhan direct dengan kulit baby? Ini akan sy jelaskan dlm entri berasingan ya supaya kepala kamu tidak pening membaca info bercampur2 dan sy x pula pening menulis tanpa focus. Titik!






AIO
Jenis all in one ni dia sedebuk gitu je tinggal pakai je.  Sila lihat gambar di bawah. Tapi tu DD (Disposable Diapers). Since aku xde CD jenis AIO maka terpaksa letak gambar DD tersebut.




Cukup dulu untuk kali ini ye?
Nnt sy sambung. Janji! (InsyaAllah)  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan