facebook

Memaparkan catatan dengan label Cloth Diapers (Lampin Kain Moden). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cloth Diapers (Lampin Kain Moden). Papar semua catatan

Selasa, 25 Disember 2012

Cara Mencuci Cloth Diapers


Kali ni saya nak kongsi serba sedikit berkenaan cara mencuci CD (cloth diapers). 
  1. 1st skali sy akn bilas dulu CD2 tu dgn cara pijak2 jer masa mandi. Lepas rasa dah agak2 hilang bau, tonyoh2 ngan air mengalir, perah dgn lembut dan campak dlm baldi kering.
  2. Kalo baby poo plak, sy jirus ngan air paip yg deras utk buang poo tersebut. Kalo nak mudah basuh, lapikkan CD dengan nappy liner. Bila baby poo, buang nappyliner tu dan basuh bhgn dlm CD. Tenyeh2 ckit stain dgn ckit sabun. Kadang-kadang sy pakai berus gigi lama yg dah tak digunakan. Dah hlg stain campak sekali lg dalam baldi kering.
  3. Bila tiba hari basuhan (kalau sy: 2-3 hari sekali), campakkan CD terkumpul dlm baldi kering td ke dalam WM. Seelok2nya masukkan pocket CD ke dlm laundry net. Insertnya xpe dibiarkan gelimpangan.  Sy suka bilas lg skali sebelum masuk mesin sbb sy ada rajin lebih ckit
  4. Masukkan ckit je sabun. ¼ drpd amaun sabun utk basuhan biasa. Lepas siap 1st round sy akn spin
  5. Pastu buat 2nd round plak tanpa sabun. Pastu, sy bilas CD dengan air mengalir dan spin.
  6. Sidai seelok2nya dibawah cahaya matahari. (Line drying)


Pls don’t:
  1. Perah dengan tangan iaitu dgn perahan yg kuat (takut merosakkan struktur insert, dan mengurangkan kadar serapan
  2. Guna sabun yg banyak dan sabun yg ada enzyme/pewangi/non-biodegradable
  3. Berus/sental dgn berus baju (jgn risau kalau stain x hilang masa buang poo tu, stain hilang selepas dijemur di bawah terik mentari). Even CD baby sy lepas masuk washing machine pon stain dah hilang.
  4. Seeloknya jgn biar CD yg dah kena pee/poo lama2 tanpa dibilas dulu. Pee dan poo ni tajam kata org tua2, takut boleh rosakkan material CD dan menyebabkan jangka hayatnya x tahan lama.


Detergents that is formulated for cloth diaper
(Available locally in Malaysia)
  • Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
  • Rockin' Green Detergent
  • Charlie's Soap (powder)
  • Pureen HAD (powder)
  • Pureen HAD (liquid)
  • Tiny Bubbles Detergent
  • LunaCare Detergent
  • Nellie's Laundry Soda
  • Mountain Green
  • BumGenius Diaper Detergent
Other detergents that is NOT formulated for cloth diaper BUT is said to be safe for cloth diaper
  • BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
  • Cosway Kiddiewash
  • Might Detergent
  • Trojan
  • Kuat Harimau
  • Cosway Ecomax - for cp and cd
  • Shaklee Basic H
** sy pakai kuat rimau je. Pakai ckit je tiap kali basuh kira2 1/4 drpd basuhan biasa


Bukan sabun/detergent tp digunakan utk basuh CD
  • Soap Nut
Secara umum, sabun yg digunakan utk membasuh CD hendaklah:
  • Bebas daripada bahan pelembut fabric (softener), enzim, peluntur/pemutih, anti-bakteria, minyak
  • Biodegradable

Apa2 xpaham  boleh komen kt bawah ;p

Basuh Cloth Diapers : Prewash


Cara Prewash Cloth Diaper (CD)

Cover/Shell/Pocket Cd
  • X perlu prewash tp sy prewash jer..
  • Utk CD dengan inner bamboo (bamboo charcoal, bamboo terry, etc) sy prewash 6x jugak takut bump baby gatal. (x pasti pengguna lain mcm mana)

Insert Microfibre (MF)
  • Sy prewash 3x
  • Cucian pertama dengan sabun yg sedikit bilas & jemur hingga kering.
  • Ulang proses ini hingga 3x (cucian kedua dan ketiga tanpa menggunakan sabun).

Natural Fibre Insert (Bamboo / Hemp / unbleached cotton / organic cotton).
  • Asingkan dengan insert jenis lain sebelum prewash kerana ia mengandungi minyak sisa semasa pemprosesan di kilang. 
  • Cara saya:
    • Cucian pertama dgn sedikit sabun dan menggunakan air panas2 suam.
    • Gosok2 sedikit dgn harapan dpt membuang sisa2 minyak kilang tu jika pakai tgn. Kalau masuk mesin pusing je mesin tu.
    • Bilas dengan air paip, spin dan sidai.  SELESAI CUCIAN PERTAMA.
    • Ulang langkah di atas tp tanpa sabun. Utk kali kedua dan ketiga masih guna air suam. Bilas-Spin-Sidai hingga kering. Utk kali ke4-6 sy dah x guna air suam.
    • Kalau nk campur dengan insert mf, boleh campur start cucian yg ke-4.

  • Seterusnya anda bolehlah start berCD J

**Ini adalah langkah prewash cara saya. May vary a little bit dengan org lain ;) xyah skema sangat derrr

Jumaat, 14 Disember 2012

Cloth Diapers, Part 1: Jenis-jenis CD

Assalamualaikum.

Malam ni sy nk cerita tentang cloth diapers atau bahasa mudahnya, CD. Bahasa jawanya kita panggil kain lampin moden.
Ni outline, apa yg akn sy ceritakan dalam blog sy yg baru bertapak ni :


1)      Jenis2 CD
2)      Jenis2 insert dan ciri2 material
3)      Material outer (bahagian luar CD)
4)      Cara basuh dan penjagaan CD

Untuk malam ni, sy akan terangkan dulu jenis2 CD :)

OK, mari sy teruskan penceritaan.

Cloth Diapers ada 3 jenis seperti yg berikut:
i.                     Pocket CD
ii.                   AI2 (All in Two)
iii.                  AIO (All in One)

Pocket CD
Pocket CD ni adalah CD dengan poket/lubang di bhgn tengah, antara outer (bhgn luar yg kalis air) dengan inner (permukaan dalam) cloth diapers.

Insert iaitu penyerap akn dimasukkan ke dalam poket sebelum CD sedia utk digunakan.

Nah, mudah bukan? Pocket CD biasanya lebih digemari di kalangan para beginner dalam berCD. Sbb bnyk yg ekonomi kot jenis poket nih? Rm20 pun dah boleh dapat J




***Sila maafkan kaki comel berkenaan ye kawan2.. hihii

AI2
Generally,  CD jenis ini terdiri drpd 2 bhgn iaitu cover dan insert.  Lampin traditional yg mak2 kita guna dlu adalah contoh mudah CD jenis ini. Masih ingatkan lampin kain yg pakai dengan seluar getah tu? Kalau versi modennya, seluar getah itulah cover dan kain lampin yg digunakan utk menyerap pee itulah insert!

Walau bagaimana pun, ada jugak CD jenis A12  (disebut juga sbg jenis cover) yg terdiri drpd 3 komponen iaitu  cover, insert dan sock. Antara jenama yg dimaksudkan di sini ialah CD Weegro Cover. Insert akan dimasukkan ke dalam sock (dibuat drpd material suede, stay dry) kerana insert microfiber (singkatan, mf) tidak boleh bersentuhan direct dengan kulit baby.

Kenapa insert mf x boleh bersentuhan direct dengan kulit baby? Ini akan sy jelaskan dlm entri berasingan ya supaya kepala kamu tidak pening membaca info bercampur2 dan sy x pula pening menulis tanpa focus. Titik!






AIO
Jenis all in one ni dia sedebuk gitu je tinggal pakai je.  Sila lihat gambar di bawah. Tapi tu DD (Disposable Diapers). Since aku xde CD jenis AIO maka terpaksa letak gambar DD tersebut.




Cukup dulu untuk kali ini ye?
Nnt sy sambung. Janji! (InsyaAllah)  :)