facebook

Ahad, 23 Disember 2012

Haram Membaca Bismillah


Assalamualaikum.

Mungkin ada di kalangan kita yg masih x tahu, dan mungkin juga ramai yg dah tahu, bahawa hukum membaca Bismillah pd surah At-Taubah adalah haram. Sy masih ingat dengan jelas perkara ini diajar oleh guru Al-Qur’an sy ketika sy sekolah rendah.
Sy ada buat sedikit carian di Google berkenaan perkara ini, iaitu mengapa haram membaca Bismillah pd awal bacaan surah At-Taubah.

Rupa2nya begini:

Ada yang mengatakan bahawa hal itu disebabkan surah At- Taubah diturunkan pada saat peperangan, pertempuran dan untuk membongkar keadaan orang-orang munafik sehingga tidaklah sesuai apabila ia diawali dengan basmalah yang di dalamnya mengandungi rahmat (kasih sayang), sebagaimana kebiasaan orang-orang Arab tatkala mereka menyerang orang lain dengan perkataan maka awal perkataannya adalah disesuaikan dengan isi perkataannya.
Juga yang diriwayatkan dari ibnu Abbas yang bertanya kepada Usman,”Mengapa tidak ditulis kalimah basmalah di antara surah At- Taubah dengan Al-Anfal?” Usman menjawab,”Kerana surah At- Taubah adalah surah yang terakhir turun dan sehingga Rasulullah saw wafat beliau tidak menjelaskan tentang permasalahan ini. Dan aku melihat  kisah awal surah ini hampir sama dengan kisah akhir-akhir surah Al- Anfal maka aku pun sertakan surah At- Taubah setelah surah Al- Anfal.



Sekian perkongsian untuk malam ini. Jika ada umur dan masa luang, mudha2an sy dpt berkongsi apa2 jua ilmu yg bermanfaat utk kita lagi. InsyaAllah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan