facebook

Isnin, 24 Disember 2012

Qadak Hajat (Buang Air Besar) dan Kesihatan Mulut.

Assalamualaikum & Haihaihai. N3 ini saya nk kaitkan adab2 semasa buang air besar mengikut Islam dan kaitannya dengan kesihatan mulut.

OK.  Beberapa tahun  lalu, aku ada menonton 1 kisah kt tv ni, tentang seorg pakcik yg giginya masih elok walaaupun dia sudah berumur (aku x ingat umur berapa. Aku main anggar aja lah ya, dlm 70++ camtu. Haha. Terlebih dan kurang mintak halal ya). Mengikut petua gigi sihat yg didedahkan  dlm kisah berkenaan ialah **Jangan buka mulut sepanjang proses qada' hajat**

Seperti mana yg telah dipelajari semasa sekolah rendah dahulu dalam subjek sekolah petang, Ibadat, antara adab2 semasa qada' hajat ialah, JANGAN BERCAKAP.
Antara adab2 lain termasuklah
-          Tidak mengadap kiblat
-          Menutup rambut/kepala
-          Masuk tandas dengan kaki kiri
-          Keluaq tandas kaki kanan
-          Baca doa keluar dan masuk tandas
(hah ni jela yg aku hengat dlm kepala buat masa ni. Nak rujuk kitab tp X hengatla kitab2 lama aku dulu dok kat ceruk mana. Mungkin dalam perut tikus kt umah mak aku yg mana tikus tu pon mungkin dah arwah T.T)

Jadi di sini, kita dapat lihat ye kawan2, bahawa Islam dan sains itu  berkait. Aku membuat hypothesis ringkas mengikut logic akal aku sndr, bahawa semasa proses tersebut berlangsung, terdapat kuman/bacteria drpd najis tersebut yg bisa melompat masuk kedlm mulut / celah gigi jika dibuka. Lantas bacteria tersebut akan menghancurkan gigi2 itu.. Hahaha.
GROSSSS!! But it make sense right?? :D hahaha

1 ulasan: