facebook

Selasa, 25 Disember 2012

Cara Mencuci Cloth Diapers


Kali ni saya nak kongsi serba sedikit berkenaan cara mencuci CD (cloth diapers). 
  1. 1st skali sy akn bilas dulu CD2 tu dgn cara pijak2 jer masa mandi. Lepas rasa dah agak2 hilang bau, tonyoh2 ngan air mengalir, perah dgn lembut dan campak dlm baldi kering.
  2. Kalo baby poo plak, sy jirus ngan air paip yg deras utk buang poo tersebut. Kalo nak mudah basuh, lapikkan CD dengan nappy liner. Bila baby poo, buang nappyliner tu dan basuh bhgn dlm CD. Tenyeh2 ckit stain dgn ckit sabun. Kadang-kadang sy pakai berus gigi lama yg dah tak digunakan. Dah hlg stain campak sekali lg dalam baldi kering.
  3. Bila tiba hari basuhan (kalau sy: 2-3 hari sekali), campakkan CD terkumpul dlm baldi kering td ke dalam WM. Seelok2nya masukkan pocket CD ke dlm laundry net. Insertnya xpe dibiarkan gelimpangan.  Sy suka bilas lg skali sebelum masuk mesin sbb sy ada rajin lebih ckit
  4. Masukkan ckit je sabun. ¼ drpd amaun sabun utk basuhan biasa. Lepas siap 1st round sy akn spin
  5. Pastu buat 2nd round plak tanpa sabun. Pastu, sy bilas CD dengan air mengalir dan spin.
  6. Sidai seelok2nya dibawah cahaya matahari. (Line drying)


Pls don’t:
  1. Perah dengan tangan iaitu dgn perahan yg kuat (takut merosakkan struktur insert, dan mengurangkan kadar serapan
  2. Guna sabun yg banyak dan sabun yg ada enzyme/pewangi/non-biodegradable
  3. Berus/sental dgn berus baju (jgn risau kalau stain x hilang masa buang poo tu, stain hilang selepas dijemur di bawah terik mentari). Even CD baby sy lepas masuk washing machine pon stain dah hilang.
  4. Seeloknya jgn biar CD yg dah kena pee/poo lama2 tanpa dibilas dulu. Pee dan poo ni tajam kata org tua2, takut boleh rosakkan material CD dan menyebabkan jangka hayatnya x tahan lama.


Detergents that is formulated for cloth diaper
(Available locally in Malaysia)
  • Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
  • Rockin' Green Detergent
  • Charlie's Soap (powder)
  • Pureen HAD (powder)
  • Pureen HAD (liquid)
  • Tiny Bubbles Detergent
  • LunaCare Detergent
  • Nellie's Laundry Soda
  • Mountain Green
  • BumGenius Diaper Detergent
Other detergents that is NOT formulated for cloth diaper BUT is said to be safe for cloth diaper
  • BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
  • Cosway Kiddiewash
  • Might Detergent
  • Trojan
  • Kuat Harimau
  • Cosway Ecomax - for cp and cd
  • Shaklee Basic H
** sy pakai kuat rimau je. Pakai ckit je tiap kali basuh kira2 1/4 drpd basuhan biasa


Bukan sabun/detergent tp digunakan utk basuh CD
  • Soap Nut
Secara umum, sabun yg digunakan utk membasuh CD hendaklah:
  • Bebas daripada bahan pelembut fabric (softener), enzim, peluntur/pemutih, anti-bakteria, minyak
  • Biodegradable

Apa2 xpaham  boleh komen kt bawah ;p

Basuh Cloth Diapers : Prewash


Cara Prewash Cloth Diaper (CD)

Cover/Shell/Pocket Cd
  • X perlu prewash tp sy prewash jer..
  • Utk CD dengan inner bamboo (bamboo charcoal, bamboo terry, etc) sy prewash 6x jugak takut bump baby gatal. (x pasti pengguna lain mcm mana)

Insert Microfibre (MF)
  • Sy prewash 3x
  • Cucian pertama dengan sabun yg sedikit bilas & jemur hingga kering.
  • Ulang proses ini hingga 3x (cucian kedua dan ketiga tanpa menggunakan sabun).

Natural Fibre Insert (Bamboo / Hemp / unbleached cotton / organic cotton).
  • Asingkan dengan insert jenis lain sebelum prewash kerana ia mengandungi minyak sisa semasa pemprosesan di kilang. 
  • Cara saya:
    • Cucian pertama dgn sedikit sabun dan menggunakan air panas2 suam.
    • Gosok2 sedikit dgn harapan dpt membuang sisa2 minyak kilang tu jika pakai tgn. Kalau masuk mesin pusing je mesin tu.
    • Bilas dengan air paip, spin dan sidai.  SELESAI CUCIAN PERTAMA.
    • Ulang langkah di atas tp tanpa sabun. Utk kali kedua dan ketiga masih guna air suam. Bilas-Spin-Sidai hingga kering. Utk kali ke4-6 sy dah x guna air suam.
    • Kalau nk campur dengan insert mf, boleh campur start cucian yg ke-4.

  • Seterusnya anda bolehlah start berCD J

**Ini adalah langkah prewash cara saya. May vary a little bit dengan org lain ;) xyah skema sangat derrr

Isnin, 24 Disember 2012

Qadak Hajat (Buang Air Besar) dan Kesihatan Mulut.

Assalamualaikum & Haihaihai. N3 ini saya nk kaitkan adab2 semasa buang air besar mengikut Islam dan kaitannya dengan kesihatan mulut.

OK.  Beberapa tahun  lalu, aku ada menonton 1 kisah kt tv ni, tentang seorg pakcik yg giginya masih elok walaaupun dia sudah berumur (aku x ingat umur berapa. Aku main anggar aja lah ya, dlm 70++ camtu. Haha. Terlebih dan kurang mintak halal ya). Mengikut petua gigi sihat yg didedahkan  dlm kisah berkenaan ialah **Jangan buka mulut sepanjang proses qada' hajat**

Seperti mana yg telah dipelajari semasa sekolah rendah dahulu dalam subjek sekolah petang, Ibadat, antara adab2 semasa qada' hajat ialah, JANGAN BERCAKAP.
Antara adab2 lain termasuklah
-          Tidak mengadap kiblat
-          Menutup rambut/kepala
-          Masuk tandas dengan kaki kiri
-          Keluaq tandas kaki kanan
-          Baca doa keluar dan masuk tandas
(hah ni jela yg aku hengat dlm kepala buat masa ni. Nak rujuk kitab tp X hengatla kitab2 lama aku dulu dok kat ceruk mana. Mungkin dalam perut tikus kt umah mak aku yg mana tikus tu pon mungkin dah arwah T.T)

Jadi di sini, kita dapat lihat ye kawan2, bahawa Islam dan sains itu  berkait. Aku membuat hypothesis ringkas mengikut logic akal aku sndr, bahawa semasa proses tersebut berlangsung, terdapat kuman/bacteria drpd najis tersebut yg bisa melompat masuk kedlm mulut / celah gigi jika dibuka. Lantas bacteria tersebut akan menghancurkan gigi2 itu.. Hahaha.
GROSSSS!! But it make sense right?? :D hahaha

Ahad, 23 Disember 2012

Haram Membaca Bismillah


Assalamualaikum.

Mungkin ada di kalangan kita yg masih x tahu, dan mungkin juga ramai yg dah tahu, bahawa hukum membaca Bismillah pd surah At-Taubah adalah haram. Sy masih ingat dengan jelas perkara ini diajar oleh guru Al-Qur’an sy ketika sy sekolah rendah.
Sy ada buat sedikit carian di Google berkenaan perkara ini, iaitu mengapa haram membaca Bismillah pd awal bacaan surah At-Taubah.

Rupa2nya begini:

Ada yang mengatakan bahawa hal itu disebabkan surah At- Taubah diturunkan pada saat peperangan, pertempuran dan untuk membongkar keadaan orang-orang munafik sehingga tidaklah sesuai apabila ia diawali dengan basmalah yang di dalamnya mengandungi rahmat (kasih sayang), sebagaimana kebiasaan orang-orang Arab tatkala mereka menyerang orang lain dengan perkataan maka awal perkataannya adalah disesuaikan dengan isi perkataannya.
Juga yang diriwayatkan dari ibnu Abbas yang bertanya kepada Usman,”Mengapa tidak ditulis kalimah basmalah di antara surah At- Taubah dengan Al-Anfal?” Usman menjawab,”Kerana surah At- Taubah adalah surah yang terakhir turun dan sehingga Rasulullah saw wafat beliau tidak menjelaskan tentang permasalahan ini. Dan aku melihat  kisah awal surah ini hampir sama dengan kisah akhir-akhir surah Al- Anfal maka aku pun sertakan surah At- Taubah setelah surah Al- Anfal.



Sekian perkongsian untuk malam ini. Jika ada umur dan masa luang, mudha2an sy dpt berkongsi apa2 jua ilmu yg bermanfaat utk kita lagi. InsyaAllah :)

Selasa, 18 Disember 2012

Pakai stokin semasa tidur

Baru2 ni aku dah mula pakai stokin tebal sebelum tidur. Antara kesan positif yg aku nampak ialah, kurang bisa2 pd kaki esply masa bgun tidur.

Memakai stokin semasa tidur elok untuk mengelakkan  badan dimasuki angin, lebih2 lagi suhu pd waktu malam biasanya sejuk. kalau ber aircond/kipas, laaagi sejuk. Pernah juga aku dengar penceramah agama bgtahu, kalau jin/syaitan nk masuk tubuh manusia, mereka akan masuk ikut kaki (ke, ibu jari kaki? aku x ingat :p  ). So, kita disuruh tutup kaki masa tidur. since selimut selalu gerak2 masa tengah tidur (ke, aku yg gerak2?), jadi, kenalah pakai stokin. Sekian.

Jumaat, 14 Disember 2012

Cloth Diapers, Part 1: Jenis-jenis CD

Assalamualaikum.

Malam ni sy nk cerita tentang cloth diapers atau bahasa mudahnya, CD. Bahasa jawanya kita panggil kain lampin moden.
Ni outline, apa yg akn sy ceritakan dalam blog sy yg baru bertapak ni :


1)      Jenis2 CD
2)      Jenis2 insert dan ciri2 material
3)      Material outer (bahagian luar CD)
4)      Cara basuh dan penjagaan CD

Untuk malam ni, sy akan terangkan dulu jenis2 CD :)

OK, mari sy teruskan penceritaan.

Cloth Diapers ada 3 jenis seperti yg berikut:
i.                     Pocket CD
ii.                   AI2 (All in Two)
iii.                  AIO (All in One)

Pocket CD
Pocket CD ni adalah CD dengan poket/lubang di bhgn tengah, antara outer (bhgn luar yg kalis air) dengan inner (permukaan dalam) cloth diapers.

Insert iaitu penyerap akn dimasukkan ke dalam poket sebelum CD sedia utk digunakan.

Nah, mudah bukan? Pocket CD biasanya lebih digemari di kalangan para beginner dalam berCD. Sbb bnyk yg ekonomi kot jenis poket nih? Rm20 pun dah boleh dapat J




***Sila maafkan kaki comel berkenaan ye kawan2.. hihii

AI2
Generally,  CD jenis ini terdiri drpd 2 bhgn iaitu cover dan insert.  Lampin traditional yg mak2 kita guna dlu adalah contoh mudah CD jenis ini. Masih ingatkan lampin kain yg pakai dengan seluar getah tu? Kalau versi modennya, seluar getah itulah cover dan kain lampin yg digunakan utk menyerap pee itulah insert!

Walau bagaimana pun, ada jugak CD jenis A12  (disebut juga sbg jenis cover) yg terdiri drpd 3 komponen iaitu  cover, insert dan sock. Antara jenama yg dimaksudkan di sini ialah CD Weegro Cover. Insert akan dimasukkan ke dalam sock (dibuat drpd material suede, stay dry) kerana insert microfiber (singkatan, mf) tidak boleh bersentuhan direct dengan kulit baby.

Kenapa insert mf x boleh bersentuhan direct dengan kulit baby? Ini akan sy jelaskan dlm entri berasingan ya supaya kepala kamu tidak pening membaca info bercampur2 dan sy x pula pening menulis tanpa focus. Titik!






AIO
Jenis all in one ni dia sedebuk gitu je tinggal pakai je.  Sila lihat gambar di bawah. Tapi tu DD (Disposable Diapers). Since aku xde CD jenis AIO maka terpaksa letak gambar DD tersebut.




Cukup dulu untuk kali ini ye?
Nnt sy sambung. Janji! (InsyaAllah)  :)

Rabu, 12 Disember 2012

I Love U , Baby

sangat teruja tengok gambar ni..
tapi. si fateh tu, nak letak minyak pun dah bergelut semacam. cemane nak buat urutan ni kt dia? 
hah, kena guna psikologi lah nk bg dia duk diam.. geletek2 sikit.. kayuh2kan kaki dia masa dia baring.

utk korang, cer try, baby nk x bila korg apply urutan i love u ni.

Selasa, 11 Disember 2012

percobaan

Assalamualaikum.

Hye kawan2. Sebenarnye aku telah dipaksa utk menulis 1st entry ni. Hehe. Sungguh baik hati org yg memaksa tu J

 

Utk entry pertama ni, aku cuma nk bgtau blog ni dicipta utk meningkatkan pengetahuan pembaca dan penulis sndr. Aku suke je nk share2 apa yg aku baca. Utk pengetahuan pembaca, aku pun xtahu nk gunakan kata ganti nama diri pertama apa utk  aku kt cni. Aku?  Saya? I? Uh. Ini n3 pertama. Don't  expect much ok. Aku cuba nk jd penulis anonymous yg serious dlm penulisan tp rasanya x mampu. I'm  not that serious ok! N it's not fun! Kan? Hehe. Ok. Cukup utk kali ini. Wish me luck ye? J

Gambar ihsan dri Prof.  Google (utk  tujuan testing shj)

ga