facebook

Isnin, 4 Disember 2017

Greek Yogurt Cheesecake

Salam. Lama dah tak bersiaran kat blog ni. Almaklumlah, biasa update blog kalau nak promote produk je dekat² nak raya 😂


Alhamdulillah. Lately ramai jugak yang mesej bertanyakan produk dan berminat nak jadi ejen kudap² dan bangkit cheese.

Cerita pasal cheese ni, nak share dengan readers 1 resepi ni, ala² New York Cheesecake. Tapi kita namakan dia Greek Yogurt Cheesecake sebab kita guna greek yogurt instead of sour cream.

Bahan dia simple dan step pun mudah. Sesuai untuk mereka yang gilakan kek cheese yang heavy sebab guna 500gram cream cheese.

Untuk yogurt, saya guna brand Sunglow.

Ok ,cekidaut.

Greek Yogurt Cheesecake

Sumber: kombinasi/modifikasi Azie Kitchen + Google resepi omputih

500g cream cheese
160g brown sugar/Organic Raw Cane Sugar
3 eggs
1 tsp vanilla essence
2 tbsp lemon juice
1 tbsp corn flour
2 cup Greek Yogurt ( saya guna cawan ikea je yg kecik tu)

Base:
150g biskut marrie (hancurkan)
80g butter (cairkan)

Prosedur:

Tuang butter cair dalam biskut marrie, gaul rata. Tapakkan dalam loyang springform.
Bakar 10 minit dalam oven 160degree celcius

Putar cream cheese yang dah di suhu bilik dengan mixer. Tambahkan gula. Putar lagi sampai sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil gaul. Kalau mixer takde stand suruh anak ko pegang mixer, ko masukkan telur

Masukkan esen vanilla, jus lemon, greek yogurt.
Putar.

Saya letak lemon tu lebih 2 sudu kot, tak sukat pun, agak² je. Boleh rasa dengan lidah tahap mana nak masam dia. Saya memang nak masam supaya tak muak.

Masukkan tepung jagung.
Gaul lagi. Pastikan betul² rata.

Tuang atas biskut yg dah bertapak dalam loyang. Bakar dengan teknik bain marie.

160 degree celcius, 1 jam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan