facebook

Isnin, 4 Disember 2017

Greek Yogurt Cheesecake

Salam. Lama dah tak bersiaran kat blog ni. Almaklumlah, biasa update blog kalau nak promote produk je dekat² nak raya 😂


Alhamdulillah. Lately ramai jugak yang mesej bertanyakan produk dan berminat nak jadi ejen kudap² dan bangkit cheese.

Cerita pasal cheese ni, nak share dengan readers 1 resepi ni, ala² New York Cheesecake. Tapi kita namakan dia Greek Yogurt Cheesecake sebab kita guna greek yogurt instead of sour cream.

Bahan dia simple dan step pun mudah. Sesuai untuk mereka yang gilakan kek cheese yang heavy sebab guna 500gram cream cheese.

Untuk yogurt, saya guna brand Sunglow.

Ok ,cekidaut.

Greek Yogurt Cheesecake

Sumber: kombinasi/modifikasi Azie Kitchen + Google resepi omputih

500g cream cheese
160g brown sugar/Organic Raw Cane Sugar
3 eggs
1 tsp vanilla essence
2 tbsp lemon juice
1 tbsp corn flour
2 cup Greek Yogurt ( saya guna cawan ikea je yg kecik tu)

Base:
150g biskut marrie (hancurkan)
80g butter (cairkan)

Prosedur:

Tuang butter cair dalam biskut marrie, gaul rata. Tapakkan dalam loyang springform.
Bakar 10 minit dalam oven 160degree celcius

Putar cream cheese yang dah di suhu bilik dengan mixer. Tambahkan gula. Putar lagi sampai sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil gaul. Kalau mixer takde stand suruh anak ko pegang mixer, ko masukkan telur

Masukkan esen vanilla, jus lemon, greek yogurt.
Putar.

Saya letak lemon tu lebih 2 sudu kot, tak sukat pun, agak² je. Boleh rasa dengan lidah tahap mana nak masam dia. Saya memang nak masam supaya tak muak.

Masukkan tepung jagung.
Gaul lagi. Pastikan betul² rata.

Tuang atas biskut yg dah bertapak dalam loyang. Bakar dengan teknik bain marie.

160 degree celcius, 1 jam



Sabtu, 29 Julai 2017

Menu Budget Menate

Assalamualaikum korang.
Saje nak share dengan korang review makan kat restoren yang pernah viral dek kerana harganya dulu; Menate.

Birthday husband 15 Julai dan my baby girl setahun 22 Julai lalu so ni baru berkesempatan nak belanja makan.
Suami yang dah banyak belanja duit minyak untuk isterinya ni delivery barang dagangan. So ini jelah mampu puan isteri mampu nak balas jasa beliau 😊😊


Persoalannya di sini.
Betul ke mahal sangat makan kat sini? Sebenarnya untuk daging lembu/kambing, range harga boleh dikatakan dalam kategori "mampu makan".

Agak mahal tapi berbaloi.


Kali ni saya pilih beef dan suami ambil lamb. Doneness untuk saya medium welldone dan suami welldone.

Untuk anak-anak, ayam grill half baru RM22+. Saya boleh katakan berbaloi makan di sini dengan servis yang diberikan dan makanan yang nice.

Air free flow, which kalau kita makan kat restoren lain dengan kopi secawan RM8-RM10 per cup, habis berpuluh untuk air minum sahaja.

My favourite di sini, cappuccino memang besttt sangat.

Ok boleh layan gambar dulu ya menu pilihan kami. Total RM133+ untuk 4 orang makan tak masuk baby Kamila sebab beliau makan sikitttt je 😉










Khamis, 1 Jun 2017

Kuih Raya 2017








Kami membekalkan kuih raya tradisional dan moden ke seluruh negara.

Kami membekalkan kuih raya yang berkualiti premium secara pukal beroperasi dari Semenyih, Selangor, dengan rakan niaga di Muar 016-444 8221 (Pn. Hajar). Untuk order di luar Kuala Lumpur dan Johor boleh hubungi Pengurus Logistik kami 014-843 8853 (En. Afham).

Rabu, 31 Mei 2017

Pembekal Tat Nenas

Kami membekalkan kuih tat nenas jenis sepit dan gulung untuk jualan secara runcit. Bagi yang ningin memborong, tempahan hendaklah dibuat 2 minggu lebih awal untuk memastikan stok adalah mencukupi.

Tat sepit dengan rasa yang lebih authentic

Crust bagi tat gulung lebih lembut dan gebu kerana diadun bersama minyak sapi.

50 biji RM28 sahaja.
10 botol ke atas RM25/balang.




Dua-dua jenis tat ini mempunyai rasa yang berbeza, tapi kedua-duanya sedap dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Bagi saya sendiri, saya lebih menggemari tat gulung.

Tempahan boleh dibuat melalui Whatsapp 0137716961.
Instagram kami: bangkitcheese_pembekalkuihraya

Pembekal Kuih Raya 2017




Syukur alhamdulillah.
Masuk tahun ke-5 sudah kami membekalkan kuih raya untuk usahawan-usahawan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tahun ini mencatat sejarah apabila telah lebih 2000 balang bangkit cheese telah diedarkan ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Kuih kapit kami juga mendapat sambutan hangat di negeri Sarawak cuma atas faktor-faktor logistik, kami tidak dapat membekalkan secara pukal ke sana. Buat masa ini fokus kami masih dalam lingkungan pasaran semenanjung.


Buat yang masih mencari-cari sumber pendapatan sampingan terutamanya pada musim perayaan, kami membekalkan kuih-kuih raya yang bermutu tinggi. Fokus kami pada beberapa jenis kuih yang kekal terjamin kualitinya dan mendapat permintaan tinggi setiap tahun.





1500 botol bangkit cheese 




Kuih kapit inti yang kami bekalkan adalah dengan inti yang padat di dalam.
Bukan sekadar di pinggiran.







Lebih kurang 1000 bekas kuih kapit terjual pasca Ramadhan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor


Kami membekalkan popia mini udang kering yang sedap, rangup dan tak berminyak secara pukal.
Sekotak 5 kg hanya RM150 sahaja (tak termasuk penghantaran)




Harga runcit bagi pek 260gram, RM12 sebalang


Bangkit santan juga mendapat sambutan di kalangan penggemar kuih tradisional. Harga borong hanya RM16 sebalang.

Isian penuh dalam balang besar.. Lebih kurang 70 biji.


Ahad, 14 Mei 2017

Pembekal Kuih Raya

Assalamualaikum.

Pengedar kuih raya dialu-alukan.

Kelebihan menjadi ejen kami:

🍒 harga borong yang rendah. Ejen boleh mendapat untung runcit sebanyak RM5-10/balang kuih.

🍒 kumpulan sokongan Whatsapp Group disediakan. Kami sediakan gambar2 promosi supaya anda takyah susah2 photoshoot gambar lagi

🍒 belian minima yang rendah. Self pick up
di Semenyih, anda dapat harga borong tanpa kuantiti minima untuk harga borong bangkit cheese

🍒 kualiti terjamin, insyaAllah. Ramai yang puji bangkit cheese dan kuih kapit kami edar tak sama macam yang terdapat di pasaran. Kami puas hati dengan kualiti, baru kami supply. Kuih kapit kami intinya bukan sekadar di pinggiran 😝. Bangkit cheese lemak manis rangup, dengan parutan keju cheddar di dalam. Memang mantap 👍👍👍

Kapit inti chocolate n peanut
Harga borong: RM20 (minima 20)
Recommended retail price: rm25

Bangkit cheese
Harga borong: RM15 (minima 30blg)
Recommended retail price: rm20-25

Tart Sepit RM28 48pcs
Retail only

Tart Gulung RM28
50pcs (retail)
10 balang ke atas RM25
(Harga ejen jual terpulang)


Berminat nak jadi pengedar, boleh Whatsapp 0137716961 ya 😉
Kita jemaah cari duit raya sama2 😀







Ahad, 7 Mei 2017

Tart Nenas Sedap dan Murah

Assalamualaikum, masih mencari-cari kat mana nak beli tart nenas yang sedap dan berbaloi dengan harga?

hentikan pencarian awak di sini 😊



Tat Nenas Terap
RM30/balang (48 biji)



Tat Nenas Gulung
RM30/balang (50biji)




Kalau berminat nak borong buat kumpul duit raya:
RM27/balang minima 20 balang.
RM28/balang untuk belian 10-19 balang

***Order 3 minggu sebelum tarikh ambil.

Boleh COD di kawasan Semenyih, Kajang, Bangi (tertakluk terma & syarat)

Untuk sebarang pertanyaan dan order boleh whatsapp 0137716961 (Puan Amimah)

Khamis, 16 Mac 2017

Kuih Kapit Inti Coklat & Peanut


Alhamdulillah. Selain bangkit cheese yang terus mendapat sambutan ramai peniaga/pengedar sekitar KL, tahun ini kami berbesar hati membekalkan Kuih Kapit Inti yang isi di dalamnya bukan sekadar di pinggiran.





Kapit Peanut & Kapit Coklat

Stok yang laju terjual

Review dari ejen Ampang, Pn. Fazi

Customers dari Hospital KPJ Tawakal enjoy kenduri kapit peanut butter

Komen dari Pn. Zarith, pelanggan dari USJ.



Harga cuma RM25/bekas, 36pcs isi gemok-gemok.

Harga borong: RM20/bekas 
Minima 10bekas


Lebih banyak gambar dan review customers kami boleh di dapati dari laman Instagram kami bangkit_cheese



Untuk borong atau belian runcit boleh Whatsapp 0137716961.



Rabu, 22 Februari 2017

Kek Coklat Cheese Lava Berhantu

BismillahirRahmaanirRaheem

Mempersembahkan Kek Coklat Cheese Lava Berhantu kami

Harga sebekas RM6 sahaja.

Tempahan diterima 5hari sebelum tarikh pick up.

COD: Semenyih
Kajang / Bangi: Penghantaran disediakan untuk 10 biji kek dan ke atas (dengan caj penghantaran)