facebook

Khamis, 16 Ogos 2018

Resepi Kek Yogurt

Minggu lepas lunas jugak hajat saya nak cuba buat Kek Yogurt. Alkisah yogurt homemade buatan En. Amir dah lama menganggur dalam peti sejuk.
Rasa semak je tengok bekas tu tak berganjak. Padahal isinya bukan banyak pun. Bekas je yang besar. Hahaha

Google resepi-resepi kebanyakan dari website mat saleh, so saya pilih resepi yang berpadanan dengan apa yang ada di dapur saya, dengan sedikit olahan.

Hasilnya, sedap, gebu dan lembut. Anak-anak suka. Jiran yang saya beri rasa sebekas pun cakap sedap. Fluffy!!

Hasil kejadian









Bahan-bahan

1 cawan mentega (suhu bilik)
2 cawan gula perang (sila kurangkan kalau tak suka manis)
3 biji telur (suhu bilik)
Esen vanilla
1 sk jus lemon (sy ganti dengan cuka lemon sebab yg ada di dapur)
2 ¼ cawan tepung gandum +1/2 sk bicarbonate soda (ayak dengan 1/2 sk garam)
8oz (=1 cawan) yogurt perisa asli (saya guna homemade tanpa gula/perisa)

---------------------------
Cara-cara:
1. Sapu loyang 9 inci dengan butter. Panaskan oven pada suhu 165°celcius selama 10 minit.

2. Pukul butter dan gula menggunaakan mixer hingga adunan ringan dan gula hancur.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil on mixer pada kelajuan sederhana. Masukkan esen vanilla.

4. Tambah cuka/jus lemon, pukul lagi.

5. Masukkan tepung gandum+soda bikarbonat+garam yang telah diayak, selang selikan dengan yogurt. Sambil putar mixer hingga acuan sekata.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di grease dengan butter, bakar selama 1 jam pada suhu 165°celcius.

7. Buka sedikit pintu oven setelah selesai waktu pembakaran untuk elakkan kek mendap.

------------------------

Resepi ni recommended untuk yang dah boring asyik buat kek yg sama je macam saya. Ni jenis banyak senang dan tak leceh langsung.
😉

Resepi asal:
https://www.allrecipes.com/recipe/17476/yogurt-cake/

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

Isnin, 21 Mei 2018

Brownies Cookies Viral

Biskut yang kini menggegarkan pasaran cookies nasional.
Berat sekitar 150gram dengan isian 50-60pcs cookies yang rangup bercoklat.

Diperbuat dari coklat kompaun bermutu tinggi, Selbourne menghasilkan permukaan yang licin berkedut dan berkilau.


Harga Runcit Brownies Cookies
RM18 sahaja.

Harga borong RM13 (minima 50 balang)
Sedia menerima tempahan pada musim perayaan dan selain musim perayaan.










Delivery ke Kuching, Sarawak

Sabtu, 17 Februari 2018

Bangkit Santan Sedap

Bangkit Santan untuk runcit dan borong.

Sesuai dijadikan buah tangan untuk orang tua dan generasi lama yang meminati kuih-muih tradisional.

Kami membekalkan kuih bangkit santan, bangkit cheese, kuih kapit dan pelbagai kuih tradisional secara runcit dan borong.


Harga borong hanya RM17 sahaja (botol besar)

Whatsapp 013.7716.961 untuk sebarang pertanyaan.

Isnin, 4 Disember 2017

Greek Yogurt Cheesecake

Salam. Lama dah tak bersiaran kat blog ni. Almaklumlah, biasa update blog kalau nak promote produk je dekat² nak raya 😂


Alhamdulillah. Lately ramai jugak yang mesej bertanyakan produk dan berminat nak jadi ejen kudap² dan bangkit cheese.

Cerita pasal cheese ni, nak share dengan readers 1 resepi ni, ala² New York Cheesecake. Tapi kita namakan dia Greek Yogurt Cheesecake sebab kita guna greek yogurt instead of sour cream.

Bahan dia simple dan step pun mudah. Sesuai untuk mereka yang gilakan kek cheese yang heavy sebab guna 500gram cream cheese.

Untuk yogurt, saya guna brand Sunglow.

Ok ,cekidaut.

Greek Yogurt Cheesecake

Sumber: kombinasi/modifikasi Azie Kitchen + Google resepi omputih

500g cream cheese
160g brown sugar/Organic Raw Cane Sugar
3 eggs
1 tsp vanilla essence
2 tbsp lemon juice
1 tbsp corn flour
2 cup Greek Yogurt ( saya guna cawan ikea je yg kecik tu)

Base:
150g biskut marrie (hancurkan)
80g butter (cairkan)

Prosedur:

Tuang butter cair dalam biskut marrie, gaul rata. Tapakkan dalam loyang springform.
Bakar 10 minit dalam oven 160degree celcius

Putar cream cheese yang dah di suhu bilik dengan mixer. Tambahkan gula. Putar lagi sampai sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil gaul. Kalau mixer takde stand suruh anak ko pegang mixer, ko masukkan telur

Masukkan esen vanilla, jus lemon, greek yogurt.
Putar.

Saya letak lemon tu lebih 2 sudu kot, tak sukat pun, agak² je. Boleh rasa dengan lidah tahap mana nak masam dia. Saya memang nak masam supaya tak muak.

Masukkan tepung jagung.
Gaul lagi. Pastikan betul² rata.

Tuang atas biskut yg dah bertapak dalam loyang. Bakar dengan teknik bain marie.

160 degree celcius, 1 jam



Sabtu, 29 Julai 2017

Menu Budget Menate

Assalamualaikum korang.
Saje nak share dengan korang review makan kat restoren yang pernah viral dek kerana harganya dulu; Menate.

Birthday husband 15 Julai dan my baby girl setahun 22 Julai lalu so ni baru berkesempatan nak belanja makan.
Suami yang dah banyak belanja duit minyak untuk isterinya ni delivery barang dagangan. So ini jelah mampu puan isteri mampu nak balas jasa beliau 😊😊


Persoalannya di sini.
Betul ke mahal sangat makan kat sini? Sebenarnya untuk daging lembu/kambing, range harga boleh dikatakan dalam kategori "mampu makan".

Agak mahal tapi berbaloi.


Kali ni saya pilih beef dan suami ambil lamb. Doneness untuk saya medium welldone dan suami welldone.

Untuk anak-anak, ayam grill half baru RM22+. Saya boleh katakan berbaloi makan di sini dengan servis yang diberikan dan makanan yang nice.

Air free flow, which kalau kita makan kat restoren lain dengan kopi secawan RM8-RM10 per cup, habis berpuluh untuk air minum sahaja.

My favourite di sini, cappuccino memang besttt sangat.

Ok boleh layan gambar dulu ya menu pilihan kami. Total RM133+ untuk 4 orang makan tak masuk baby Kamila sebab beliau makan sikitttt je 😉










Khamis, 1 Jun 2017

Kuih Raya 2017








Kami membekalkan kuih raya tradisional dan moden ke seluruh negara.

Kami membekalkan kuih raya yang berkualiti premium secara pukal beroperasi dari Semenyih, Selangor, dengan rakan niaga di Muar 016-444 8221 (Pn. Hajar). Untuk order di luar Kuala Lumpur dan Johor boleh hubungi Pengurus Logistik kami 014-843 8853 (En. Afham).

Rabu, 31 Mei 2017

Pembekal Tat Nenas

Kami membekalkan kuih tat nenas jenis sepit dan gulung untuk jualan secara runcit. Bagi yang ningin memborong, tempahan hendaklah dibuat 2 minggu lebih awal untuk memastikan stok adalah mencukupi.

Tat sepit dengan rasa yang lebih authentic

Crust bagi tat gulung lebih lembut dan gebu kerana diadun bersama minyak sapi.

50 biji RM28 sahaja.
10 botol ke atas RM25/balang.




Dua-dua jenis tat ini mempunyai rasa yang berbeza, tapi kedua-duanya sedap dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Bagi saya sendiri, saya lebih menggemari tat gulung.

Tempahan boleh dibuat melalui Whatsapp 0137716961.
Instagram kami: bangkitcheese_pembekalkuihraya