facebook

Khamis, 16 Ogos 2018

Resepi Kek Yogurt

Minggu lepas lunas jugak hajat saya nak cuba buat Kek Yogurt. Alkisah yogurt homemade buatan En. Amir dah lama menganggur dalam peti sejuk.
Rasa semak je tengok bekas tu tak berganjak. Padahal isinya bukan banyak pun. Bekas je yang besar. Hahaha

Google resepi-resepi kebanyakan dari website mat saleh, so saya pilih resepi yang berpadanan dengan apa yang ada di dapur saya, dengan sedikit olahan.

Hasilnya, sedap, gebu dan lembut. Anak-anak suka. Jiran yang saya beri rasa sebekas pun cakap sedap. Fluffy!!

Hasil kejadian









Bahan-bahan

1 cawan mentega (suhu bilik)
2 cawan gula perang (sila kurangkan kalau tak suka manis)
3 biji telur (suhu bilik)
Esen vanilla
1 sk jus lemon (sy ganti dengan cuka lemon sebab yg ada di dapur)
2 ¼ cawan tepung gandum +1/2 sk bicarbonate soda (ayak dengan 1/2 sk garam)
8oz (=1 cawan) yogurt perisa asli (saya guna homemade tanpa gula/perisa)

---------------------------
Cara-cara:
1. Sapu loyang 9 inci dengan butter. Panaskan oven pada suhu 165°celcius selama 10 minit.

2. Pukul butter dan gula menggunaakan mixer hingga adunan ringan dan gula hancur.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil on mixer pada kelajuan sederhana. Masukkan esen vanilla.

4. Tambah cuka/jus lemon, pukul lagi.

5. Masukkan tepung gandum+soda bikarbonat+garam yang telah diayak, selang selikan dengan yogurt. Sambil putar mixer hingga acuan sekata.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di grease dengan butter, bakar selama 1 jam pada suhu 165°celcius.

7. Buka sedikit pintu oven setelah selesai waktu pembakaran untuk elakkan kek mendap.

------------------------

Resepi ni recommended untuk yang dah boring asyik buat kek yg sama je macam saya. Ni jenis banyak senang dan tak leceh langsung.
😉

Resepi asal:
https://www.allrecipes.com/recipe/17476/yogurt-cake/

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid